Baguslah Ezad Lazim dah dibebaskan daripada tahanan setelah disyaki memiliki dadah jenis syabu baru-baru ini.
Mat Qaypo tak boleh kata apa , kita tunggulah hasil siasatan polis selanjutnya
Kata Ezad
Apa yang boleh saya jelaskan di sini alhamdulilah saya telah pun dibebaskan dan sekarang pun dah ada kat rumah , dah ada dengan family, kata Ezad dalam program Melodi di sebuah stesyen TV.
Tentang penyalahgunaan dadah itu masih lagi dalam perbicaraan dan saya tak boleh komen lebih-lebih
Saya berharap kes ini cepat selesai memandangkan kes ini ada sedikit kekeliruan dari segi komen yang diberikan
Apa-apa pun saya berharap kalau ada persembahan pentas yang dirancang sebelum ini janganlah pula last minute dibatalkan..saya dah keluar dan saya dah bersedia memberi kerjasama terhadap pihak yang hendak mengambil saya membuat persembahan.
Menghadapi dugaan ini??
Inilah pengalaman paling pahit yang saya hadapi, hinggakan 3 hari saya berada dalam tahanan, jadi saya berharap agar pengalaman ini dijadikan pengajaran oleh semua penggiat seni ,apa jua yang kita lakukan, kita harus berhati-hati dan tidak semua apa yang kita lakukan itu semua orang suka
Dalam memilih kawan itu harus berhati-hati kerana tidak semua kawan bukannya semua nak menyokong, ada jugak yang ingin menjatuhkan, tikam dari belakang
Saya berharap selepas ini kerjaya saya akan berjalan lancar dan saya amat berterima kasih kepada keluarga saya yang paling memahami saya di dalam situasi sebegini.
0 Response to " DADAH : EZAD LAZIM DIBEBASKAN (5 Pix) "
Post a Comment