HOREY!!! FIRMAN JUARA AF2014 ( 5 pix)



                                                               


Cayalah Firman!.. jadi  Juara AF2014  tahun ni,  Firman membuktikan dia  boleh bernyanyi dan menawan hati peminat yang mengundinya.. Nampaknya Firman dah berada sebaris dengan JUARA AF terdahulu seperti Vince AFI, Zahid AF2,Mawi AF3, Faizal AF4, Mila AF5, Stacey AF6, Hafiz AF7, Shahir AF8, Hazama AF9 dan Faizul AF10.


                                                                      

"Saya gembira dengan kemenangan ini dan berharap ia akan menjadi pembuka jalan dalam kerjaya seni saya ."katanya ketika berucap selepas menerima hadiah yang disampaikan oleh Pengetua AF 2014, Datuk Hattan.


Selaku juara Firman  membawa pulang wang tunai RM50,000, sebuah kereta Toyota Vios , sebuah trofi serta pakej percutian.

                      



 Firman berjaya menewaskan pencabar terdekatnya Aman yang diumumkan sebagai NAIB JUARA AF2014.


Selaku Naib Juara, Aman membawa pulang hadiah wang tunai  RM30,000, sebuah kereta Perodua MyVi beserta trofi.


Manakala Tempat Ketiga, Keempat dan Kelima dimenangi oleh Ewa ,Nuha dan Adel yang masing-masing membawa hadiah wang tunai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta hadiah iringan.

Penilaian peserta dilakukan 100 peratus melalui undian penonton selain komen  juri tetap oleh  Datuk Ramli MS dan  Raja Azura selain juri jemputan Amy Search.

Konsert final itu turut diserikan dengan persembahan artis undangan antaranya Dayang Nurfaizah, Mas Idayu, Ning Baizura dan Kumpulan Bunkface.

                                            

Datuk Hattan

 "Saya selaku Pengetua AF2014 dengan ini mengumumkan sesi pengajian AF2014 kini DITUTUP."

 Tahniah  Firman!!.. Selamat datang ke dunia glamour Dik!!

 

 





























0 Response to " HOREY!!! FIRMAN JUARA AF2014 ( 5 pix) "

Post a Comment