Tahniah Zed sebab dah berjaya jadi Presiden Seniman semula !!!!
Amboi!Amboi!Amboi! Zed Zaidi... tersengih sampai ke telinga yer! apabila dapat jadi Presiden Seniman kali ke 14 sempena Mesyuarat Agung Seniman di Dataran Karyawan Finas hari ini.
Sebelum ini Zed Zaidi atau Rozaidi Jamil digugurkan jawatan Presiden setelah Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Seniman ke 14, diputuskan terbatal dan tidak sah oleh mahkamah Tinggi tahun lalu.
Bangga Mat Qaypo dengan kejayaannya setelah berjaya menumpaskan pencabarnya iaitu Datuk Mustafa Maarof dan Afdlin Shauki.
Zed dapat 102 undi manakala Afdlin Shauki 71 undi dan Datuk Mustafa Maarof 66 undi.
Jawatankuasa Seniman yang dilantik
Zed Zaidi
Sofia Jane
Jamaluddin Mat
Khir Rahman
Sharifah Amani
Lisa Surihani
Arash Mohd
Rashidi Ishak
"Ini satu pencapaian yang baik bagi AJK yang dilantik hari ini , Kita akan bagi By Biro untuk setiap AJK yang dilantik ..Mungkin kita akan tubuhkan Biro-Biro yang baharu misalnya Biro Unit Media Baru ... kita nak tengok Seniman kali ini bergerak dengan lebih profesional,
Mat Qaypo dah 'skodeng' Zed!..... Katanya
"Janganlah lagi mempertikaikan seniman ,Seniman ada agenda yang lagi besar untuk mempertahankan penggiat seni, Saya rasa dah terbukti dengan kemenangan ini, Memang pertandingan hari ini 'Open',dan kita tak nak
apa-apa lagi yang berlaku...Kita dah buat cara yang sangat OPEN!
"Perancangan saya selepas ini apa yang tertangguh akan saya continue..kena start from Zero semula.. penat sikit , tapi kalau dapat team yang bagus yang boleh bekerjasama, insya Allah kita akan mempercepatkan perancangan bagi kebaikan ahli-ahli Seniman dan seluruh penggiat seni"
"Kita akan bekerjasam dengan CCIG untuk 'Build' satu creatif content untuk industri Act..maknanya Akta untuk penggiat seni...Bila kita ada akta tu kita boleh berjuang untuk penggiat seni"
"Kita akan teruskan dari segi skim insurans Seniman dengan nilai RM1.1 juta. Sudah diluluskan masa zaman Datuk Rais Yatim dahulu, tapi malangnya bila jadi kes mahkamah, ianya tergantung, Kemudian setelah PRU13, Kementerian under Rais berpecah jadi dua iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan , Jadi duit RM1.1 juta tu pergi ke mana?? Benda tu kena bagi BALIK pada ahli-ahli sebab Kementerian dah APPROVE....Kita akan desak semula dan benefit tu untuk ahli-ahli.
" Perumahan Rakyat (PRIMA), Seniman dah bincang sebelum ini tapi tertangguh disebabkan kes mahkamah, jadi benda-benda ni nak kena mulakan balik dalam meeting , banyak kerja kena nak buat..
"Mesyuarat AJK kali pertama nanti saya akan putuskan dalam agenda untuk membuat kunjungan hormat kepada media- media yang ada agar semua media tahu AJK yang baharu ini. Saya harap semua AJK ada komitmen untuk semua ini ..biar AJK tahu siapa wartawan daripada media masing- masing.
"Hari isnin ini hari pertama untuk Seniman masuk semula ke pejabat, meeting akan dimulakan apabila semua orang free untuk Seniman melantik Setiausaha Kerja dan ,pekerja-pekerja yang dibuang dahulu ,kena panggil balik ..supaya perjalanan Seniman lebih kemas.
"Isu saman menyaman sebelum ini saya akan bincang nanti, apa yang kita nak buat kita akan dapat persetujuan ahli-ahli, bukan boleh buat keputusan sendiri, sebab kita ada usul, kita akan bawak dalam mesyuarat Seniman dan dalam meeting itu nanti kita akan buat keputusan,"
"Kalau ada usaha lagi untuk memburukkan-burukkan saya ,memang saya tak akan teragak-agak untuk menyaman sahaja mereka nih , Dulu saya tak lawan....
Lebih 500 artis hadir dalam mesyuarat agung kali ke 14 tahun .... antara yang Mat Qaypo perasan ialah Vaneeda Imran, Remy Ishak, Nabil, Beto Khusairy, Liyana Jasmey, Buzen, Pian Cecupak, Roffi Cecupak, Afdlin Shauki, Norlia Ghani, Elly Suriati, Azri Iskandar, Datuk Yusuf Haslam dan ushhhhh!! ramailah lagii...
P/S : Mat Qaypo cuma nak ucapkan tahniah buat Zed , teruskan usaha Zed yang tertangguh sebelum ini yer.. ,Mat Qaypo 'skodeng' dari jauh jerr! He! He!He!
0 Response to " JANGANLAH PERTIKAI SENIMAN LAGI !! - ZED ZAIDI "
Post a Comment