Terharu Mat Qaypo tengok seniwati Mariani yang tak berapa sihat dan terlantar sakit di Hospital Sentosa baru- baru nih.
Syukurlah Mummy memang kuat semangat
Kata Mummy
"Terima kasih banyak kepada peminat-peminat Mummy yang masih setia dengan Mummy, Mummy bersyukur dengan Allah, Mummy tak menyesal jadi anak wayang, sering disanjung, dingati, kalau tak ada peminat, Mummy tak ada di sini sampai sekarang," katanya dalam Melodi.
"Selalunya mummy tak jaga makan, dah masuk hospital nih ada 'rules' lah, doktor cakap macam macam, apa yang boleh makan, apa yang tak boleh makan, tapi so far doktor ni apa yang i nak makan i boleh makan,"
" I suka makan mee hon sup, doktor benarkan, muda dulu sukalah makan cili padi, sekarang tak ada dah..
" I have all the time sakit perut, Mummy takut jarum tapi terkena jugak, cucuk sana, cucuk sini, hari ini dah dua cucuk,"
Kata salah seorang anaknya, Rozita Rohaizad
Kalau yang risau, alhamdulilah, doakan yang terbaik untuk
ibu saya, saya tahulah ada jugak yang sanjung mak, ada
jugak yang tak suka, yang suka tu saya berterima kasih, saya
harap peminat semua sentiasa doakan mak.
" Mummy memang banyak angin, dia suka minum teh tarik,
dia suka makan makanan yang banyak asid, saya cuma
stabilkan semula, bagi minum air zam zam, kurangkan gula
dalam makanannya, bagi banyak makan buah-buahan, dan
yang pedas-pedas tu dah kurangkan
" Mummy banyak dijaga oleh kakak saya yang lagi satu
Shasha pada waktu malam di hospital dan Mummy
beruntung kerana dia ramai anak, kadang-kadang sampai 5,
6 anak tidur dalam bilik dia di Hospital , Mummy tak pernah
tidur sorang.
" Ramai kawan-kawan mummy yang dah datang menjenguk seperti Datuk Mustafa Maarof, Sarimah, Suhaimi Baba, U- Wei, Salwa Abdul Rahman, Rosnah Mat Aris..persatuan artis seperti Yayasan Artis 1Malaysia, Persatuan Veteran, Persatuan Karyawan, Seniman,"
Mat Qaypo doakan mummy Mariani cepat sembuh yer...
0 Response to " MUMMY TAK MENYESAL JADI ANAK WAYANG- SENIWATI MARIANI ( 7 Pix) "
Post a Comment