Ternganga Mat Qaypo bila dapat tahu penyanyi dangdut
terkenal Amelina bakal muncul dengan single dangdutnya
Disember ini.
Mat Qaypo harap Amelina kekalkan bunyi Ah! Ah! Ah!
macam lagu Rindu nya yang meletup sekitar tahun 90 an dulu!
Itu yang orang suka Amelina!Ha!Ha!Ha!
Amelina yang mesra disapa Alin, kini bernaung di bawah
syarikat milik Ajai, Wake The Baby Sdn Bhd.
Kata Amelina yang mesra dipanggil Alin
Insya Allah!, single dalam perancangan, kak Lin berkolobarasi dengan komposer Ajai, kak Lin serahkan pada Wake the Baby, jadi kak Lin ikut teruslah apa yang mereka rancangkan.
Disember ini akan muncul sesuatu yang baru daripada kak Lin untuk peminat-peminat dangdut... kak Lin menjanjikan suprised!.. kak Lin menjanjikan untuk mencetuskan kembali fenomena dangdut yang pernah meletup suatu ketika dulu, Insya Allah, kata kak Lin dalam rancangan Hlive.
Selepas 15 tahun menyepi, penyanyi yang pernah digelar
'Ratu Dangdut' ini muncul kembali...Kenapa erk Kak Lin! ??
Dahulu komitmen kak Lin dengan anak-anak , anak-anak kecik lagi, jadi ruang masa untuk muncul kembali tu tak ada
Jadi kak Lin bagi masa sepenuhnya untuk anak-anak, sekarang pun anak-anak sudah besar, jadi kak Lin rasa inilah masa untuk kak Lin kembali dan memenuhi permintaan peminat kak Lin dan rakan-rakan semua..
Semua yang berlaku sebelum ini adalah proses kehidupan yang banyak mengajar saya menjadi individu lebih tabah, kuat dan bersemangat. Kehilangan saya adalah sesuatu yang begitu peribadi untuk saya kongsi secara terperinci.
Saya memilih untuk tidak mengenang kisah silam. Justeru, saya kuatkan hati, bulatkan rasa dan lupakan segala kisah itu untuk terus hidup dan memandang ke depan, katanya dalam kenyataan kepada BH Online.
Pada tahun 1999, Amelina tiba-tiba menghilang dari industri
seni ketika namanya melonjak dengan rangkaian lagu popular.
Bagaimana dengan penerimaan keluarga dan 6 orang anak ?
Alhamdulilah, dioarang semua dapat menerima keadaan, sebelum ini anak-anak sudah dibiasakan dengan cerita-cerita kak Lin yang dulu-dulu dan dioarang memahami dan alhamdulilah anak-anak dapat menerimalah keadaan yang akan datang ini.. semuanya berjalan lancar.
Isu bertudung??
Semuanya salah faham, sebenarnya dalam situasi kak Lin yang dulu , kak Lin melarikan diri daripada semua orang, masa tu kak Lin cuba melindungi diri macam tu..jadi kadang-kadang kebetulan ada terjumpa rakan-rakan, mungkin ada yang kenal mereka sangka begitulah..
0 Response to " AMELINA MUNCUL SINGLE DANGDUT DISEMBER INI ( 8 Pix) "
Post a Comment